Love photografi

Saya banyak mencari dan membaca mengenai teknik mengambil gambar. Setiap gambar mempunyai “nyawa” dan cerita tersendiri. Tidak perlu caption panjang-panjang bagi menerangkan sesuatu gambar apabila gambar itu mampu bercerita.

Bagi yang baru berjinak-jinak mengambil gambar tidak kira gambar lanscape, potrait, panning atau sebagainya, jika tahu teknik yang betul akan menghasilkan gambar yang awesome. Teknik mengambil gambar boleh dirujuk daripada pelbagai sumber.. buku atau paling senang sekarang.. google.com. (Saya sendri pun merujuk google untuk mendapatkan teknik yang betul) atau pun boleh merujuk pada rakan-rakan yang mahir.

Adalah penting bagi mendapatkan sudut dan subjek yang betul sebelum gambar diambil. fokus pada subjek. Secanggih manapun camera yang digunakan sekiranya perkara ini diabaikan, tidak akan menghasilkan gambar yang baik.

Pencahayaan perlu tepat supaya gambar yang dihasilkan menepati kehendak sendiri. Tidak terlalu terang dan terlalu gelap. Dalam proses editing, tidak pula terlalu berlebihan sehingga menampakkan gambar itu nampak “fake”. Tujuan editing mencantikan dan mewarnai gambar supaya nampak “hidup”. Tetapi gambar yang baik ialah tanpa editing.. semula jadi. (saya menggunakan photohop dan LR sahaja)

Sehingga kini saya masih lagi belajar dan ada banyak lagi yang saya masih belum tahu. Penyelidikan dan penelitian masih perlu di lakukan. Saya belajar setiap kali saya mengambil gambar. Macamana nak tahu gambar itu baik Tanya lah diri sendiri, jika puas hati dan mampu tersenyum dengan gambar itu, itulah gambar yang baik .

Kepuasan dalam photography

 

 

travel blog, photography,